Akhirnya….tamat juga semester yang penuh dengan dugaan dan cabaran yang paling best sekali dlm hidupku.Alhamdulillah,aku bersyukur dgn segala kurniaan yang di berikan olehNYA.
Perit,pedih,sedih,kecewa,hampa,putus asa,kurus,jiwa kacau,huru-hara,masalah kesihatan,masalah kewangan dan masalah cinta semuanya dapat ku tepis dgn jayanya ketika aku sedang berjuang utk menyiapkan projek akhir ijazah ku ini.Hebat sungguh penangan PROJEK SARJANA MUDA ni.Hebat juga ujian yang diberikan olehNYA…Walau apa yang terjadi pada semester ni,aku bersyukur kerana aku masih lagi boleh berdiri sendiri.Aku yakin dgn apa yang aku buat.Aku tabah di atas segala ujian yang melanda yang menyebabkan aku huru-hara seketika.Terima kasih sahabat-sahabatku yang sentiasa menasihati aku,memberi dorongan,memberi semangat untuk aku berjuang dlm mengatasi segala masalah yang melanda.
Apa yang terjadi bagiku adalah ada sebab dan hikmahnya yang tersendiri.Betul cakap orang,sabar dan tabah atas segalanya.Prinsip hidupku ialah bsabar,tabah dan selalulah tolong orang yang berada dlm kesusahan walaupun diri kita sendiri mempunyai pelbagai masalah.Dan dengan prinsip itulah akhirnya aku masih lagi boleh berdiri.Apa yang pasti,segalanya sudah berakhir….dan sesuatu yang baru akan hadir menjelma pula.
Lepas ni,aku akan praktikal pulak.Perrghhh….lagiklah bosan hidupku selepas ni.Malam kena tido awal…tiada lagi EPL,tiada lagi LEPAK melepak,tiada lagi KACAU ORANG,tiada lagi MASA untuk bersama kwn2.Tido awl,bangun awal,pegi keje,balik keje,rehat pastu tido pastu keje balik.Itulah rutin harian yang aku akan hadapi lepas ni.Bukan lepas ini sahaja…tapi adalah untuk seumur hidup.Perrghhh…seksanya kalo dh masuk alam kerja ni.Walaupun praktikal je tapi aku dh rase dah semuanya.Penah dulu aku keje kilang Paip Besi dari pukul 7 pagi sampai 7 malam.Penah dulu aku keje di sektor kerajaan masuk kul 8 pagi balik kul 5.Penah dulu aku keje store boy kat Mydin.Penah juga aku keje sebagai room service di hotel.Tapi apa yang pasti,lepas ni…kerja…kerja…kerja…sepanjang hidup.seksanya…..Tapi apa yang pasti,aku lebih rela bermula dari bawah.Mase aku keje kilang paip tu,pegghh…,mmg mcm buruh binaan.Keje tgh panas,dua belas jam,mengadap habuk besi,bunyi yang bising sehingga baper db ntah.Walaupun aku ader sijil it dr poli tapi aku tetap berkeras nk keje sebagai kuli bawahan.Barulah aku tau mcmmaner rasenyer jadi kuli ni.
Lepas tu aku masuk smbung blaja di KUITTHO di batu Pahat ni.Tempat yang aku tak pernah sampai lagi dan tempat yang pertama aku sampai aku rase mcm nak balik kuantan balik.Dan sekarang ni,aku rase tempat yang akan mengalirkan airmataku lepas ni.Aku pasti rindukan Parit Raja setelah aku meninggalkannya beberapa hari lagi.Kawan-kawan sekelas,pekerja-pekerja kedai makan,tukang buat air,tokey2 kedai,mekanik2,pakcik2,makcik2 yang aku kenal semuanya byk mengajar aku erti kehidupan,kesabaran dlm menuju hidup yang penuh mencabar.Semuanya aku berkawan tak kire umur.Walaupun kebanyakkan sahabat2 aku kat sini semuanya yang lebih tua dr aku,tapi aku bangga coz aku dpat belajar dari segala pengalaman yang diorang ada.Terima kasih warga Parit Raja yang sudi menjadikan aku sebagai sahabat mereka....Jasamu akan ku kenang sampai akhirnya….